Latar Belakang
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.
Sejarah KEMAS
KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat dikenali dengan nama (KEMAS) yang merupakan singkatan daripada ‘Kemajuan Masyarakat'. KEMAS pada asalnya dikenali dengan nama Bahagian Pelajaran Dewasa. Ia ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun 1961 melalui satu majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut diwujudkan setelah negara mencapai Kemerdekaan pada 1957 di mana satu bancian yang telah dilakukan pada tahun yang sama dan didapati seramai 1,868,948 orang dewasa dan 2,379,213 orang kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca dan menulis.
Dapatan kajian ini dilihat menjadi penghalang utama untuk kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara. Pada tahun 1958, Persidangan Pembangunan Masyarakat Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur dan ia merupakan lanjutan dari Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang telah diadakan pada tahun 1953 di Taiping. Hasil daripada persidangan tersebut, satu perakuan oleh Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa yang bermesyuarat pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di peringkat kabinet pada tahun yang sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60. Fokus perbincangan kertas kabinet tersebut adalah memberi keutamaan terhadap pelajaran asas kepada rakyat yang buta huruf melalui Rancangan Pelajaran Dewasa sehinggalah satu kelulusan telah dikeluarkan untuk menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
No comments:
Post a Comment